Jumaat, 30 Mac 2012

SAPS

PERHATIAN kepada semua guru. Pengisian markah SAPS dilanjutkan sehingga 9 April 2012. Sila ambil peluang pelanjutan tempoh ini.

GOTONG ROYONG PERDANA

JUMAAT, 30 Mac 2012 - Syabas Jawatan Kuasa 3K Sekolah diterajui oleh Unit HEM kerana telah menjayakan program berkenaan.




PRA AUDIT DI SK LAHAD DATU III

JUMAAT, 30 Mac 2012. Pasukan audit daripada sekolah Kebangsaan Payang yang diketuai oleh Tn Hj Suhaimi Hj Kasuari ( Penolong Kanan Pentadbiran ), Pn Saminah Rafel, (PK04), Cik Salha Siladjan ( Ketua Audit Sekolah ) dan Pn Nonie Mohd Kassim ( PK04) telah menjalankan proses pra audit di Sekolah Kebangsaan Lahad Datu III. Terima kasih di atas layanan dan kerjasama yang diberikan.







PRA AUDIT PENGURUSAN KUALITI

RABU, 28 MAC 2012. Alhamdulillah.................. Banyak maklumat yang boleh dikongsikan hasil daripada  proses pra audit peringkat Sekolah Kebangsaan Payang telah dijalankan oleh auditor lantikan PPD daripada sekolah kebangsaan Batu 6 1/2  yang diketuai oleh Puan Norainie Regby ( Pengurus Kualiti Sekolah ), Puan Asmah Ahmad Amai ( Penolong Kanan Pentadbiran ), Puan Edana Subal ( Penolong Kanan Petang ) dan Puan Jerimah Hj Pakat ( Pembantu Tadbir )








PROGRAM BICARA ILMU



Program Bicara Ilmu anjuran MGB dan PPD Lahad Datu telah diadakan di Dewan Kuliah SM Cina Lahad Datu yang disertai oleh hampir semua guru besar dan penolong kanan daripada sekolah sekitar daerah Lahad Datu termasuk sebuah sekolah di Tambisan. Bicara ilmu ini disampaikan oleh En Madalie Hj Basri, Ketua Unit Pendaftaran dan Pelancongan dan Encik Mohd Zaini Yanin, Ketua Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah.

Sabtu, 24 Mac 2012

KEMASKINI MAKLUMAT E-OPERASI


Semua guru yang dihormati,
Tarikh kemaskini maklumat e-operasi akan berakhir pada 31 Mac 2012 ( Sabtu ) ini. Oleh itu, sila lapangkan masa untuk membuat semakan dan pengemaskinian dengan kadar segera kerana proses pengesahan oleh Guru Besar tidak boleh dilakukan sekiranya masih terdapat guru yang belum membuat pengemaskinian. 
    Sebagai PANDUAN. Sila buat pendaftaran baru dan lengkapkan maklumat yang dikehendaki terlebih dahulu. Selepas itu baharulah cikgu login dengan menggunakan Login ID dan  Kata Laluan seperti yang cikgu lengkapkan dalam pendaftaran baru berkenaan.Terima kasih atas kerjasama semua.




MESYUARAT JPMS

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Maklumat Sekolah yang pertama Tahun 2012 peringkat sekolah > Hadir bersama ialah Encik Abdul Mutalib Apdal, Pegawai Maklumat Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu bagi menjelaskan beberapa isu yang berkkaitan dengan pengurusan maklumat.. Tahniah !







Khamis, 8 Mac 2012

TAKLIMAT PROSEDUR KUALITI DAN PENGURUSAN FAIL MEJA STAF SEKOLAH

BUDAYA KERJA  BERKUALITI ....terbit daripada rasa hati yang ikhlas dan bersungguh - sungguh dalam melakukan sesuatu perkara. Mari bersama kita mengusahakannya.




Rabu, 7 Mac 2012

CERAMAH GIGI SIHAT


CERAMAH GIGI SIHAT...... tentang penjagaan gigi disampaikan  oleh jururawat dari Klinik Pergigian Daerah Lahad Datu kepada semua murid.

GURU PELATIH IPGM TEKNIK KUALA LUMPUR

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH................Proses  pengajaran dan pembelajaran akan berlaku dengan baik melalui pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai dan bertepatan dengan usia, sosio  budaya, agama, bangsa dan aras kebolehan murid.












PENCERAPAN GURU





P&P TERANCANG MAMPU MENARIK MINAT MURID ........Ketua Panitia Pendidikan Agama Islam Pn Zainab Hamzah sedang menjalankan pencerapan pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh Pn Wan Rohani Wan Sulong bagi mata pelajaran Bahasa Arab

Isnin, 5 Mac 2012

MESYUARAT JK PENINGKATAN UPSR BIL.1

Mesyuarat Jawatankuasa Peningkatan UPSR telah diadakan. Semua maklumat dan perancangan unit disampaikan oleh Cik Suraya Nanif selaku penyelaras jawatankuasa. Semoga program dan aktiviti yang dirancang dapat membantu dalam usaha pihak sekolah meningkatkan prestasi UPSR sekolah.Guru yang turut terlibat dalam mesyuarat ialah Pn Saminah Rafel ( Guru BM Tahun 6 ), Cik Salha Siladjan ( Guru Sains Tahun 6 ), Pn Fatimah Munirah Lamree ( Guru Bi Tahun 6 ), En Rosly Lataena ( Guru M3 Tahun 6 ) , Pn Zainab Hamzah ( Setiausaha Kurikulum ) dan Tn Hj Suhaimi Kasuari ( Penolong Kanan Pentadbiran )

PEMENTORAN

Program pementoran Penolong Kanan Pentadbiran bagi Sekolah Kurang Murid ( SKM ) Pejabat Pelajaran Daerah Lahad Datu.



GURU PELATIH PBS

Salam sejahtera semua warga sekolah.
Encik Shamshul Madi ( kiri ) dan Encik Ahmad Idzzudin Kamaruzaman ( Kanan )

Untuk makluman sekolah kita menerima 2 orang guru pelatih dari IPGM Teknik Kuala Lumpur yang akan menjalankan praktikal Pengalaman Berasaskan Sekolah ( PBS ) di sekolah kita selama seminggu. Menjadi harapan pihak sekolah agar semua warga sekolah dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya kepada mereka berdua.