Khamis, 26 April 2012

LATIHAN KESELAMATAN MENGHADAPI KEBAKARAN

25 APRIL - RABU,  Latihan bersama  menghadapi situasi kebakaran anjuran  bersama  warga SK Payang dan warga SK Lahad Datu IV dengan kerjasama dan kendalian profesional oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu telah diadakan di bawah kelolaan bersama Jawatankuasa Keselamatan Sekolah. Tahniah kepada semua yang menjayakan program berkenaan.












BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR





Bengkel berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Mohd Fauzi bin Kasina selaku Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah untuk semua calon UPSR 2012. Tahniah dan semoga berjaya ...!!!!!

ZIARAH KEMATIAN


Al- Fatihah....... Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut. Ziarah rombongan sekolah yang diketuai oleh Cik Muliana bt Tanah ( Pengerusi Kelab Guru ) ke rumah Naib YdP PIBG Sekolah, Pn Asmah Labantulu kerana kembalinya ke -Rahmatullah ibu beliau disebabkan oleh penyakit lanjut usia.

TAKLIMAT BANTUAN KWAMP

Taklimat kepada semua ibu bapa / penjaga yang menerima bantuan KWAMP bagi menjelaskan tentang dasar asas kepada pemberian bantuan berkenaan. Taklimat telah dikendalikan oleh Pn Faridah Ariyani Hj Samsudin ( Penolong Kanan HEM ) dan Pn Zainab Hamzah ( Penyelaras KWAMP )



MESYUARAT KELAB GURU BIL.2

Mesyuarat Kelab Guru telah membincangkan beberapa aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini. Seterusnya, majlis mesyuarat juga melantik penyelaras bagi setiap aktiviti yang dirancang bagi memudahkan pengurusan berkaitan.



Aktiviti :
1. Sambutan Hari Guru
2. Hari Keluarga Sekolah
3. Majlis Korban Aidil Adha
4. Majlis Berbuka Puasa dan  Solat Tarawih

Isnin, 16 April 2012

KLINIK UPSR 2012

Tn Hj Suhaimi bin Hj Kasuari ( Penolong Kanan Pentadbiran ) menjadi penceramah jemputan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu di SK St Stephen, Lahad Datu.

AMALAN SEKOLAH PENYAYANG




Sambutan ulang tahun kelahiran murid Tahun 6 Bijak ( Nur Nazirah Nariman ) diraikan oleh guru dan rakan sekelas.