Isnin, 7 Oktober 2013

Laporan Perkhemahan Unit Beruniform SK PAYANG 2013

Pada 4 - 6 Oktober 2013, unit beruiform sekolah telah mengadakan perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah. Perkhemahan tersebut telah diadakan diperkarangan sekolah.













          Seramai lebih kurang 80 orang lelaki dan perempuan telah menyertai perkhemahan ini yang dikendalikan oleh Penyelaras Unit Beruniform sekolah. Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform juga telah dibantu oleh beberapa orang pelajar daripada sekolah swasta Perdana sebagai urusetia. Pasukan unit beruniform yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada pasukan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan Puteri Islam Malaysia dan Tunas Kadet Remaja Sekolah. Tahniah kepada semua yang terlibat.

Selasa, 1 Oktober 2013

MESYUARAT PRA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

ISNIN 01 Oktober 2012 - Perkhemahan Unit Beruniform bagi tahun ini akan diadakan bermula 4
hingga 6 Oktober 2013. Semoga semua guru dan murid akan memberikan komitmen yang jitu sehingga matlamat yang disasarkan dapat dicapai dengan jayanya.

              Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh perkhemahan kelak. Antaranya adalah lari berhalangan, senamrobik, malam kebudayaan, petandingan memasak, membina gajet, khemah terbaik serta pelbagai aktiviti lain. Semua aktiviti yang  diadakan akan  menguji  ketahanan mental dan fizikal.


               Antara objektif utama perkhemahan unit beruniform diadakan adalah untuk melatih murid supaya berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan.Selain itu, ia diadakan untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat antara ahli dalam kumpulan. Ternyata, objektif perkehamahan ini tercapai dan diharapkan aktiviti ini akan menjadi aktiviti tahunan dan dapat diteruskan demi manfaat pelajar itu sendiri.

Catatan oleh :
Suhaimi bin kasuari 
Penolong Kanan Pentadbiran

Isnin, 30 September 2013

GOOD TEACHER




 HOW TO BE GOOD A TEACHER

Being a good teacher can be the most rewarding and exciting job in the world - however, being a teacher who doesn't work effectively can be stressful, painful, and exhausting.

  



AUDIT KUALITI SPKS 2013




















SISTEM ANALISA KOMPETENSI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SILA AMBIL TINDAKAN AWAL SEBELUM CAPAIAN INTERNET MENJADI LEMBAB KERANASEMUA BERPUSU - PUSU MEMBUAT  PENGISIAN PADA SAAT - SAAT AKHIR

BULAN KEMERDEKAAN 2013

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan Sempena Hari Malaysia kali ke-56







LATIHAN KEBAKARAN GABUNGAN SK PAYANG DAN SK LAHAD DATU IV TAHUN 2013

TERIMA KASIH SEMUA YANG TERLIBAT KHUSUSNYA PIHAK PASUKAN BOMBA DAN PENYELAMAT DAERAH LAHAD DATU