Pihak Jabatan juga menamakan sekolah ini sebagai Sekolah Kebangsaan Payang dan ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Pekan, sehingga menunggu bangunan sebenar yang akan dibina (kawasan belum dikenal pasti lagi).
Pada 18 Jun 2001, sekali lagi Sekolah Kebangsaan Payang diarahkan berpindah ke bangunan baru Sekolah Kebangsaan Lahad Datu IV yang terletak di Kampung Jawa, lebih kurang 3 km dari pusat bandar dalam status menumpang dan guna sama beberapa prasarana asas seperti kantin dan padang permainan sehingga ke hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan