Rabu, 29 Ogos 2012

LAWATAN NAZIR

Lawatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti memeriksa Pengurusan dan pelaksanaan LINUS peringkat sekolah

Selasa, 14 Ogos 2012

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55


AUDIT SEKOLAH

Audit P&P dijalankan di SM Sains diketuai oleh Encik Rahim Damit, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah dan Pn Norsia Barne, Pengetua SMK Silabukan serta dibantu oleh beberapa orang auditor daerah iaitu Pn Juliah Subandi, En Khaironi Jazuli dan Tn Hj Suhaimi Kasuari.Alhamdulillah. Jauh perjalanan luas pengalaman.

PROGRAM RAMADHAN

Majlis Khatam Tadarus Al Quran dan Majis Berbuka Puasa Peringkat Sekolah.



Ahad, 12 Ogos 2012

PERJUMPAAN PAGI


Perbincangan tentang Majlis Berbuka Puasa, Perjumpaan Ibu bapa Tahun 6
dan Kelas Intensif Petang UPSR. Semoga diberkati Allah untuk semua yang dirancang.

Jumaat, 3 Ogos 2012

RENUNG - RENUNGKAN


Buat semua warga SK Payang yang ada  juga menjenguk blog sekolah........... .pasti ada walau secebis manfaatnya. InsyaAllah !

AUDIT SPKS SK PAYANG

JUMAAT,27 Julai 2012 - Asyik - asyik keluar mengaudit sekolah orang. Kali ini sekolah sendiri yang kena audit. Baru la kita rasa. Itulah kalau kerja kita asyik tengok dan komen  apa orang lain buat sampai kita lupa nanti ada juga orang lain pula yang datang dan lihat apa yang sudah kita buat. Na ambik mu....!!! Apapun auditlah kerja kita dahulu sebelum orang lain mengauditnya....sekolah ini kita punya., muridnya murid kita, cikgunya kawan kita, pentadbirnya ketua kita, AKSnya saudara kita. Kalau dikutuk kita semua yang rasa. Kalau dipuji  kita semua yang senang hatikan. Alhamdulillah. Terbaik punya...teruskan.

Pn Faridah Ariyani Samsudin selaku pengurus kualiti sekolah
sedang memulakan majlis penutupan audit  SPKS.

Encik Rahim Damit  ( Pengurus Audit PPD ) dan Encik Kamaruzaman Hj Mohd ( Guru Besar )
sedang mendengar  rumusan dapatan audit yang disampaikan oleh auditor PPD.

Pn Juliah Subandi ( Auditor PPD ) sedang menyampaikan dapatan audit.

Encik Khaironi Jazuli, Encik Rahim Damit dan Encik Kamruzaman Hj Mohamad
sedang mendengar rumusan audit yang disamapaikan oleh Pn Juliah Subandi

Semua guru sedang mendengar ulasan audit oleh Pn Juliah Subandi

BACAAN YASIN

Alhamdulillah.... Meraih kesempatan  barakah dan kelebihan bulan Ramadhan beberapa orang guru lelaki dan perempuan terlibat dalam majlis berkenaan yang dianjurkan oleh kelab guru. Semoga sekolah dan warganya sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa dan selamanya. Mari terus - menerus berusaha menambah amal bakti bekal akhirat.Semoga dipermudahkan hidup kita semua.



AUDIT P&P DI SMK SILABUKAN

KHAMIS, 2 Ogos 2012 - Alhamdulilah. Suatu yang perlu disyukuri ialah terlibat dengan audit SPKS di SMK Silabukan kerana banyaknya kelebihan yang diperoleh dalam pengurusan kualiti pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam pengurusan dokumen


Isnin, 7 Mei 2012

PEMANTAUAN KSSR

Pasukan pemantau dari Pejabat Pelajaran Daerah iaitu Tn Hj Abdul Nasil Taibon, Kaunselor Pentadbir dan  En Rahim Damit, Ketua Unit Sains Sosial telah menjalankan pemantauan pengurusan KSSR di sekolah ini. Penyelaras KSSR Sekolah, Pn Asni Patrasah telah memberikan semua maklumat yang berkaitan dengan kehendak instrumen pemantauan. Terima kasih atas pemantauan tuan.

Tn Hj Abdul Nasil berbual mengenai program 5S dengan AKS

Encik Rahim sedang meneliti Fail Portfolio Murid di bilik operasi KSSR

PERHIMPUNAN SEKOLAH

BEBERAPA ACARA LAIN DIADAKAN SELAIN ACARA RASMI DALAM PERHIMPUNAN PADA PAGI INI. ANTARANYA ADALAH :
MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA PESERTA 
PROGRAM EDUCAMP SCIENCE PERINGKAT DAERAH
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH KEPADA PEMENANG ACARA
DALAM PROGRAM JEJAK NILAM FASA 1
  MAJLIS PERKONGSIAN BAHAN BACAAN ILMIAH

MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PENGURUSAN KELAS TERBAIK 
BAGI BULAN APRIL
JOHAN : 1 BIJAK ( PN ROWAHNI BT ABU BAKAR )
NAIB JOHAN : 6 BIJAK ( TN HJ SUHAIMI BIN HJ KASUARI )
KETIGA  : 2 BIJAK ( PN NOR AZIAN CHE MOD )

" SATU KEBAIKAN  SAHAJA YANG  ANDA LAKUKAN UNTUK MURID ANDA 
BERPULUH - PULUH, BERATUS- RATUS, BERIBU - RIBU , BERJUTA - JUTA 
MALAH LEBIH DARI ITU YANG AKAN MEMPEROLEH MANFAATNYA "

Khamis, 26 April 2012

LATIHAN KESELAMATAN MENGHADAPI KEBAKARAN

25 APRIL - RABU,  Latihan bersama  menghadapi situasi kebakaran anjuran  bersama  warga SK Payang dan warga SK Lahad Datu IV dengan kerjasama dan kendalian profesional oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu telah diadakan di bawah kelolaan bersama Jawatankuasa Keselamatan Sekolah. Tahniah kepada semua yang menjayakan program berkenaan.












BENGKEL KEMAHIRAN BELAJAR





Bengkel berkenaan dikendalikan sepenuhnya oleh Encik Mohd Fauzi bin Kasina selaku Ketua Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah untuk semua calon UPSR 2012. Tahniah dan semoga berjaya ...!!!!!

ZIARAH KEMATIAN


Al- Fatihah....... Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut. Ziarah rombongan sekolah yang diketuai oleh Cik Muliana bt Tanah ( Pengerusi Kelab Guru ) ke rumah Naib YdP PIBG Sekolah, Pn Asmah Labantulu kerana kembalinya ke -Rahmatullah ibu beliau disebabkan oleh penyakit lanjut usia.

TAKLIMAT BANTUAN KWAMP

Taklimat kepada semua ibu bapa / penjaga yang menerima bantuan KWAMP bagi menjelaskan tentang dasar asas kepada pemberian bantuan berkenaan. Taklimat telah dikendalikan oleh Pn Faridah Ariyani Hj Samsudin ( Penolong Kanan HEM ) dan Pn Zainab Hamzah ( Penyelaras KWAMP )



MESYUARAT KELAB GURU BIL.2

Mesyuarat Kelab Guru telah membincangkan beberapa aktiviti yang akan dijalankan pada tahun ini. Seterusnya, majlis mesyuarat juga melantik penyelaras bagi setiap aktiviti yang dirancang bagi memudahkan pengurusan berkaitan.



Aktiviti :
1. Sambutan Hari Guru
2. Hari Keluarga Sekolah
3. Majlis Korban Aidil Adha
4. Majlis Berbuka Puasa dan  Solat Tarawih