Jumaat, 3 Ogos 2012

AUDIT SPKS SK PAYANG

JUMAAT,27 Julai 2012 - Asyik - asyik keluar mengaudit sekolah orang. Kali ini sekolah sendiri yang kena audit. Baru la kita rasa. Itulah kalau kerja kita asyik tengok dan komen  apa orang lain buat sampai kita lupa nanti ada juga orang lain pula yang datang dan lihat apa yang sudah kita buat. Na ambik mu....!!! Apapun auditlah kerja kita dahulu sebelum orang lain mengauditnya....sekolah ini kita punya., muridnya murid kita, cikgunya kawan kita, pentadbirnya ketua kita, AKSnya saudara kita. Kalau dikutuk kita semua yang rasa. Kalau dipuji  kita semua yang senang hatikan. Alhamdulillah. Terbaik punya...teruskan.

Pn Faridah Ariyani Samsudin selaku pengurus kualiti sekolah
sedang memulakan majlis penutupan audit  SPKS.

Encik Rahim Damit  ( Pengurus Audit PPD ) dan Encik Kamaruzaman Hj Mohd ( Guru Besar )
sedang mendengar  rumusan dapatan audit yang disampaikan oleh auditor PPD.

Pn Juliah Subandi ( Auditor PPD ) sedang menyampaikan dapatan audit.

Encik Khaironi Jazuli, Encik Rahim Damit dan Encik Kamruzaman Hj Mohamad
sedang mendengar rumusan audit yang disamapaikan oleh Pn Juliah Subandi

Semua guru sedang mendengar ulasan audit oleh Pn Juliah Subandi

Tiada ulasan: