Isnin, 27 Februari 2012

PANGKALAN DATA MURID


MAKLUMAN PENTING
Kepada semua guru kelas yang dihormati,
Sila ambil tindakan dengan segera mengenai perkara ini agar semua perkara
yang sepatutnya dilaksanakan tidak menimbulkan sebarang masalah kelak.
Laman Web : apps2.moe.gov.my/sekolahmalaysia
Username : Kad Pengenalan Guru ( Sendiri )
Password : guru

Pesanan Ikhlas daripada :
SUHAIMI BIN KASUARI
Penolong Kanan Pentadbiran



MAJLIS HAKS 2011



                         








       



























Kenangan wajah - wajah ceria yang sempat dirakam semasa Majlis Hari Anuegrah Kecemerlangan Sekolah bagi 2011.

Rabu, 22 Februari 2012

MESYUARAT AKHIR HAKS 2011




Mesyuarat berkenaan bagi membincangkan persediaan akhir dan mengatasi sebarang isu yang tertangguh terutamanya yang melibatkan kewangan sekolah. Alhamdulillah semua dapat diselesaikan dalam perbincangan berkenaan.

Isnin, 20 Februari 2012

BERITA AUDIT SEKOLAH

AUDIT KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Audit dijalankan di sekolah kita oleh auditor dari KPM Kuala Lumpur bermula pukul 2.00 pm hingga 5.00 pm. Semoga kedatangan auditor memberikan maklumat tentang pengurusan yang telus dan bersistem. 
DEFINISI PENGAUDITAN
Pengauditan boleh ditakrifkan sebagai suatu pemeriksaan, analisa dan nilaian yang berterusan dan sistematik ke atas penyata kewangan, rekod, operasi dan pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan samada prinsip-prinsip am perakaunan, polisi-polisi pengurusan, peraturan dan prosedur dipatuhi.
KEPERLUAN PENGAUDITAN
i.              Kehendak undang-undang dan peraturan telah dipatuhi;
ii.            Mendedahkan faktor atau elemen yang tidak mendorong kepada kecekapan, keberkesanan, dan ekonomi berhubung dengan perakaunan Negara;
iii.           Memberi pendapat sama ada penyata kewangan menunjukkan satu kenyataan yang benar dan munasabah mengenai kedudukan dan ketepatan rekod-rekod mengikut piawaian pengauditan yang diterima pakai.
            " AUDIT BERMAKNA PEMERIKSAAN  ATAU CHECK ( MUHASABAH ). MARI MUHASABAH TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KITA YANG SEPATUTNYA KITA LAKUKAN SEBELUM AUDITOR MELAKUKAN TUGAS MEREKA."

Ahad, 19 Februari 2012

BERITA SBPA

Sifir SBPA Gaji : Ada Berita Gembira Untuk Kakitangan Awam Sebelum 16 April 2012!! 

Sekitar seminggu yang lepas, kami ada berkongsi draf sifir SBPA gaji yang dicadangkan oleh Cuepacs sendiri. Dan Cuepacs menjangkakan kemelut SBPA ini akan dapat diselesaikan berkemungkinan lebih awal sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April 2012….


5 Tuntutan Utama Cuepacs – Penambaikan Sifir SBPA Gaji 2012
  •  mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah
  •  mengkaji semula tangga gaji maksimum
  •  menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus
  •  menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
  •  mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM)
Setakat ini pihak kerajaan dilaporkan mempertimbangkan sebaik mungkin 5 tuntutan Cuepacs di atas melalui pertemuan dengan Ketua Pengarah Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek baru-baru ini.

Kemelut yang menjadi pertikaian kalangan kakitangan awam melibatkan sifir SBPA gaji 2012 ini, pastinya kerajaan tidak akan membiarkan terlalu lama dan diselesaikan sesegera mungkin tanpa menganiayai mana-mana kelompok kakitangan awam sebelum Pilihanraya Umum ke 13 diumumkan tidak lama sahaja lagi. Supaya tidak berlaku lagi apa yang dikatakan isu di mana ….
sifir SBPA gaji hanya dilihat menguntungkan kakitangan kerajaan peringkat atasan tetapi majoriti 1.4 juta kakitangan bawahan hanya menerima kadar kenaikan yang sedikit
Kami menjangkakan Pilihanraya Umum akan menjadi semakin hampir apabila isu SBPA telah selesai dan tidak lupa juga penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (PGVH) di Bursa Malaysia pada 10 Mei 2012 ini.

Difahamkan akibat sifir SBPA ini tidak disemak dengan teliti, kerajaan Malaysia sekarang pula bakal berdepan dengan kemelut dan masalah berdasarkan data dan maklumat yang tersenarai di bawah ini :

Dianggarkan seramai 2,000 daripada kalangan pegawai kanan kakitangan awam sudah menandatangani perjanjian skim baru berkenaan, yang akan menjamin peningkatan pendapatan sehingga RM5,000 sebulan

Menyaksikan kenaikan sehingga RM60,000 sebulan untuk Ketua Setiausaha Kerajaan sedangkan kakitangan yang berada dalam perkhidmatan sokongan hanya menerima kenaikan serendah RM1.70

36 pegawai tinggi dalam “Perkhidmatan Utama” akan menerima gaji sehingga RM36,000 sebulan

Merujuk kepada kenyataan KPPA, mana-mana kakitangan awam yang sudah menandatangani skim SBPA tidak akan kurang daripada apa yang terdapat dalam perjanjian

Melalui Skim Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), kerajaan dijangka akan mengalami peningkatan kos sebanyak RM2.6 bilion setahun sedangkan masih ramai lagi yang membantah bentuk skim tersebut

Kerajaan akan menghadapi peningkatan kos tambahan sebanyak RM2 billion setahun sekiranya kerajaan ingin meletakkan lebih banyak wang kepada kakitangan pertengahan dan bawahan yang membantah sifir SBPA gaji baru-baru ini

Tidak cukup setakat itu sahaja peningkatan pembayaran itu juga akan memberikan implikasi kepada bayaran pencen yang turut bertambah. Difahamkan peningkatan kos pentadbiran yang melambung tinggi itu merisaukan pihak kerajaan ketika ini
Sumber: BERNAMA

JERAYAWARA SPEED JPN SABAH

Program baru JPNS menggantikan Program SAGA
Barisan Penolong Kanan Pentadbiran yang hadir
Jabatan pelajaran Negeri Sabah dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Tawau telah menganjurkan Program Jerayawara SPEED Jabatan Pelajaran Sabah 2012 hingga 2016 Peringkat Negeri Sabah yang berlangsung pada 15 Februari 2012 di Dewan SJK(C) Yuk Chin Tawau. Semua Pengetua, Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran sekitar daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna kan telah dijemput hadir dalam program berkenaan.

Isnin, 13 Februari 2012

PROSEDUR KUALITI

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kualiti Sekolah diadakan di bilik Penolong Kanan Pentadbiran bagi membincangkan perkara - perkara penting yang berkaitan dengan PK01,03,04 dan 06. Semoga dengan izin Allah perbincangan ini dapat membantu pengurus - pengurus kualiti melangsungkan tanggungjawab masing - masing. AMIN

Penolong Kanan Pentadbiran bertindak sebagai Pengerusi Mesyuarat merangkap PK01, Ustazah Zainab Hamzah selaku setiausaha, Pn Faridah Ariyani Samsuddin PK06, Pn Saminah Rafel PK04, dan Pn Nonie Mohd Kassim PK03 serta Cik Salha Siladjan selaku Ketua Juruaudit Sekolah.

Sabtu, 11 Februari 2012

MAULIDUR RASUL 2012

Panorama yang sempat dirakam sekitar sambutan Maulidur Rasul Tahun 1433H  bersamaan 2012M