Audit dijalankan di sekolah kita oleh auditor dari KPM Kuala Lumpur bermula pukul 2.00 pm hingga 5.00 pm. Semoga kedatangan auditor memberikan maklumat tentang pengurusan yang telus dan bersistem.
Pengauditan boleh ditakrifkan sebagai suatu pemeriksaan, analisa dan nilaian yang berterusan dan sistematik ke atas penyata kewangan, rekod, operasi dan pentadbiran sesuatu organisasi bagi menentukan samada prinsip-prinsip am perakaunan, polisi-polisi pengurusan, peraturan dan prosedur dipatuhi.
KEPERLUAN PENGAUDITAN
i. Kehendak
undang-undang dan peraturan telah dipatuhi;
ii. Mendedahkan
faktor atau elemen yang tidak mendorong kepada kecekapan, keberkesanan, dan
ekonomi berhubung dengan perakaunan Negara;
iii. Memberi pendapat sama ada penyata kewangan
menunjukkan satu kenyataan yang benar dan munasabah mengenai kedudukan dan
ketepatan rekod-rekod mengikut piawaian pengauditan yang diterima pakai.
" AUDIT BERMAKNA PEMERIKSAAN ATAU CHECK ( MUHASABAH ). MARI MUHASABAH TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB KITA YANG SEPATUTNYA KITA LAKUKAN SEBELUM AUDITOR MELAKUKAN TUGAS MEREKA."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan