Rabu, 29 Ogos 2012

LAWATAN NAZIR

Lawatan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti memeriksa Pengurusan dan pelaksanaan LINUS peringkat sekolah

Selasa, 14 Ogos 2012

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55


AUDIT SEKOLAH

Audit P&P dijalankan di SM Sains diketuai oleh Encik Rahim Damit, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah dan Pn Norsia Barne, Pengetua SMK Silabukan serta dibantu oleh beberapa orang auditor daerah iaitu Pn Juliah Subandi, En Khaironi Jazuli dan Tn Hj Suhaimi Kasuari.Alhamdulillah. Jauh perjalanan luas pengalaman.

PROGRAM RAMADHAN

Majlis Khatam Tadarus Al Quran dan Majis Berbuka Puasa Peringkat Sekolah.



Ahad, 12 Ogos 2012

PERJUMPAAN PAGI


Perbincangan tentang Majlis Berbuka Puasa, Perjumpaan Ibu bapa Tahun 6
dan Kelas Intensif Petang UPSR. Semoga diberkati Allah untuk semua yang dirancang.

Jumaat, 3 Ogos 2012

RENUNG - RENUNGKAN


Buat semua warga SK Payang yang ada  juga menjenguk blog sekolah........... .pasti ada walau secebis manfaatnya. InsyaAllah !

AUDIT SPKS SK PAYANG

JUMAAT,27 Julai 2012 - Asyik - asyik keluar mengaudit sekolah orang. Kali ini sekolah sendiri yang kena audit. Baru la kita rasa. Itulah kalau kerja kita asyik tengok dan komen  apa orang lain buat sampai kita lupa nanti ada juga orang lain pula yang datang dan lihat apa yang sudah kita buat. Na ambik mu....!!! Apapun auditlah kerja kita dahulu sebelum orang lain mengauditnya....sekolah ini kita punya., muridnya murid kita, cikgunya kawan kita, pentadbirnya ketua kita, AKSnya saudara kita. Kalau dikutuk kita semua yang rasa. Kalau dipuji  kita semua yang senang hatikan. Alhamdulillah. Terbaik punya...teruskan.

Pn Faridah Ariyani Samsudin selaku pengurus kualiti sekolah
sedang memulakan majlis penutupan audit  SPKS.

Encik Rahim Damit  ( Pengurus Audit PPD ) dan Encik Kamaruzaman Hj Mohd ( Guru Besar )
sedang mendengar  rumusan dapatan audit yang disampaikan oleh auditor PPD.

Pn Juliah Subandi ( Auditor PPD ) sedang menyampaikan dapatan audit.

Encik Khaironi Jazuli, Encik Rahim Damit dan Encik Kamruzaman Hj Mohamad
sedang mendengar rumusan audit yang disamapaikan oleh Pn Juliah Subandi

Semua guru sedang mendengar ulasan audit oleh Pn Juliah Subandi

BACAAN YASIN

Alhamdulillah.... Meraih kesempatan  barakah dan kelebihan bulan Ramadhan beberapa orang guru lelaki dan perempuan terlibat dalam majlis berkenaan yang dianjurkan oleh kelab guru. Semoga sekolah dan warganya sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa dan selamanya. Mari terus - menerus berusaha menambah amal bakti bekal akhirat.Semoga dipermudahkan hidup kita semua.



AUDIT P&P DI SMK SILABUKAN

KHAMIS, 2 Ogos 2012 - Alhamdulilah. Suatu yang perlu disyukuri ialah terlibat dengan audit SPKS di SMK Silabukan kerana banyaknya kelebihan yang diperoleh dalam pengurusan kualiti pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam pengurusan dokumen