Konsep
Satu catatan, rekod atau dokumen rasmi mengenai sesuatu perbincangan dan keputusan yang dicapai dalam perbincangan tersebut.
Fungsi
Minit mesyuarat menjadi bahan rujukan, tindakan susulan, pelaporan
semula untuk mesyuarat akan datang dam nerfungsi sebagai bukti rasmi
salah satu punca kuasa atas sebarang arahan kerja dalam sesebuah
organisasi.
Sifat
Dokumen ini adalah sulit dan tidak boleh didedahkan
sewenang-wenangnya untuk tatapan umum. Dari segi cara penulisannya,
minit mesyuarat perlu ditulis dengan menggunakan format yang khusus.
Ciri – ciri
Sebahagian besar ciri minit mesyuarat disenaraikan dalam
Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam Bilang 2 Tahun 1991 (PKPA 2/1991) – Panduan
Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatan – Jawatankuasa Kerajaan
Minit mesyuarat seharusnya mempunyai dan menepati kehendak format yang telah ditetapkan seperti berikut:
- Butiran awal mesyuarat
- Merangkumi nama mesyuarat, nombor bilangan mesyuarat, tahun, tarikh, masa, pengerusi mesyuarat, pakaian dan tempat berlangsungnya mesyuarat.
- Kehadiran :
Susunan nama bermula dengan nama pengerusi dan nama-nama seterusnya mengikut kekananan ahli mesyuarat di bawah tajuk
Hadir. Ahli yang tidak hadir dicatatkan di bawah tajuk
Tidak Hadir
dengan menyatakan sebab ketidakhadiran. Sekiranya ada pegawai-pegawai
yang bukan ahli dijemput khas, senarai nama mereka perlu dicatat di
bawah tajuk
Hadir Bersama.
- Struktur minit mesyuarat
- Perutusan pengerusi
- Pengesahan minit mesyuarat
- Perkara – perkara berbangkit / maklum balas
- Perbincangan agenda baru / pembentangan kertas kerja
- Hal – hal lain
- Penutup
- Nama penyelia dan penyemak minit mesyuarat
Nama penyelia dan penyemak minit boleh dimasukkan sebagai tanda pertanggungjawaban.
(
Catatan berkaitan nama dan tandatangan pengesah minit
mesyuarat tidak perlu dimasukkan. Minit mesyuarat akan disahkan sewaktu
mesyuarat dijalankan ).
- Penomboran
Disusun berbeza dengan menggunakan nombor mengikut system perpuluhan
atau menggabungkan dengan huruf kecilb dan angka roman kecil dalam
kurungan.
- Gaya bahasa
- Catatan tindakan
Catatan
tindakan ditulis secara
tebal dengan merekodkan
nama pegawai yang akan melaksanakan tindakan tersebut atau sekadar
makluman.
- Bahasa yang padat, tepat, ringkas dan jelas
Bersifat formal dengan menggunakan bahasa tulisan. Penggunaan bahasa lisan perlulah dielakkan.
Asmah Hj. Omar (1997:8 – 11) berpandangan bahawa gaya bahasa
berbentuk ungkapan khusus mengikut keperluan dan keputusan mesyuarata
seperti berikut:
- Tindakan ke atas minit
Tindakan – tindakan yang mungkin dilakukan ke atas minit ialah
meminda, membetul atau mengesahkannya. Jika tiada pindaan, isitilah
mengesahkan atau
disahkan dan ungkapan
tanpa sebarang pindaan digunakan seperti contoh yang berikut:
Minit mesyuarat
disahkan tanpa sebarang pindaan.
Jika ada pindaan, istilah
mengesahkan atau
disahkan dan ungkapan
dengan pindaan digunakan. Contoh:
Minit mesyuarat
disahkan dengan pindaan berikut:
(a) ……………………………………………………………
- Melaporkan perbincangan
Asmah berpandangan bahawa laporan perbincangan dalam minit mesyuarat sering kali menggunakan bentuk imbuhan
meN-…-kan
kerana bentuk itu menggambarkan suasana lebih formal dan tidak
bersahaja selain memberi kemungkinan menggunakan padanan pasifnya
di-…-kan. Antara perkataan yang digunakan ialah
membincangkan, mencadangkan, mengesyorkan, mengusulkan dan lain – lain. Contoh:
Mesyuarat
mengesyorkan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi mengkaji perkara ini dengan lebih teliti.
- Ketetapan
Ketetapan ialah keputusan yang diambil oleh mesyuarat sama ada
bersetuju, menerima, memperakukan,meluluskan dan sebagainya. Ketetapan ini boleh merupakan ketetapan positif atau ketetapan negatif. Contoh:
Mesyuarat
bersetuju agar ………………………..
Jika mesyuarat menolak atau tidak meluluskan sesuatu permohonan, minit mesyuarat akan merekodkan seperti yang berikut:
Mesyuarat
bersetuju agar …………………
tidak ……………………..
* Minit mesyuarat tidak akan merekodkan ungkapan tidak bersetuju atau tidak memutuskan dalam merekod sesuatu ketetapan negatif. Contoh:
Mesyuarat
tidak bersetuju agar ……………………………
Kelancaran Penyediaan Minit Mesyuarat
- Sebelum mesyuarat
- Penentuan agenda
Ditentukan lebih awal agar pihak yang berkaitan dapat bersedia secara
teliti. Jika ada kertas kerja yang ingin dibentangkan, penentuan kertas
kerja itu sebagai agenda mesyuarat seharusnya dilakukan 15 hari sebelum
mesyuarat. Pihak yang berkaitan perlu menyediakan jumlah salinan kertas
kerja yang mencukupi. Setiausaha perlu memaklumkan pihak berkenaan
jumlah ahli mesyuarat.
- Surat jemputan mesyuarat
Seharusnya diterima oleh ahli – ahli mesyuarat sekurang – kurangnya
10 hari sebelum mesyuarat mestilah mengandungi maklumat seperti nama
jawatankuasa, tarikh, tempat, masa, agenda dan pengerusi mesyuarat.
- Semasa mesyuarat
Merekodkan kehadiran, semua maklumat perbincangan, keputusan
mesyuarat dan tindakan susulan pihak – pihak yang terlibat tanpa
sebarang tambahan fakta atau mereka – reka maklumat.
- Selepas mesyuarat
- Semakan minit
Draf minit mesyuarat diserahkan kepada pengerusi untuk disemak dalam
tempoh 3 hari selepas mesyuarat dan minit mesyuarat diedarkan selewat –
lewatnya 7 hari selepas mesyuarat.
- Borang maklum balas
Setiausaha perlu mengedarkan borang maklum balas kepada pihak yang
dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tindakan susulan hasil
keputusan mesyuarat. Tarikh penghantaran semula borang maklum balas
mesti dinyatakan. Sebagai norma kerja, setiausaha sepatutnya telah
menerima borang maklum balas 7 hari sebelum mesyuarat berikutnya. Hal
ini penting disebabkan setiausaha perlu merekodkan tindakan pihak yang
berkenaan dalam borang maklum balas untuk dijadikan sebagai lampiran
minit mesyuarat seterusnya.
Contoh borang maklum balas
BIL
|
PERKARA
|
TINDAKAN
|
MAKLUM BALAS
|
1.
|
Perkara 4.1.1Penolong Kanan HEM menjelaskan
bahawa semua guru kelas perlu melengkapkan maklumat murid dalam buku
kedatangan seperti nama penjaga, alamat, nombor telefon, yuran dan
nombor resit untuk rujukan. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan