Selasa, 1 Oktober 2013

MESYUARAT PRA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2013

ISNIN 01 Oktober 2012 - Perkhemahan Unit Beruniform bagi tahun ini akan diadakan bermula 4
hingga 6 Oktober 2013. Semoga semua guru dan murid akan memberikan komitmen yang jitu sehingga matlamat yang disasarkan dapat dicapai dengan jayanya.

              Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan sepanjang tempoh perkhemahan kelak. Antaranya adalah lari berhalangan, senamrobik, malam kebudayaan, petandingan memasak, membina gajet, khemah terbaik serta pelbagai aktiviti lain. Semua aktiviti yang  diadakan akan  menguji  ketahanan mental dan fizikal.


               Antara objektif utama perkhemahan unit beruniform diadakan adalah untuk melatih murid supaya berdikari dan bersedia dalam menghadapi keadaan serba kekurangan.Selain itu, ia diadakan untuk memupuk nilai-nilai murni dan semangat muafakat antara ahli dalam kumpulan. Ternyata, objektif perkehamahan ini tercapai dan diharapkan aktiviti ini akan menjadi aktiviti tahunan dan dapat diteruskan demi manfaat pelajar itu sendiri.

Catatan oleh :
Suhaimi bin kasuari 
Penolong Kanan Pentadbiran

Tiada ulasan: